Terengganu, adalah salah satu negeri yang paling wajib dilawati di Malaysia. Kekayaannya dengan pulau-pulau tropika indah yang dikelilingi oleh perairan yang jernih, pantai-pantai yang berpasir halus, hutan yang masih terpelihara flora dan faunanya di samping memiliki antara bangunan yang terindah di Malaysia, tiada sebab untuk tidak menjadikan negeri ini sebagai destinasi paling utama untuk dituju bila tiba musim cuti.
Bukan itu sahaja, aneka makanan tradisional Terengganu yang boleh anda temui sepanjang perjalanan juga bakal memberatkan lagi langkah kaki anda sekeluarga daripada pulang ke negeri sendiri.
Terbaru, satu lagi tempat percutian menarik yang diusahakan sendiri oleh Koperasi TMA telah membina homestay yang dinamakan Villa TMA.
Villa TMA yang diusahakan oleh Koperasi TMA ini kini makin menempa nama khususnya dikalangan penduduk Kuala Terengganu.
Menurut pegawai pemasarannya, Saudara Hakim berkata usaha pengurusan Villa TMA untuk mempekenalkan tempat percutian di Terengganu bagi menyokong aspirasi kerajaan Malaysia untuk menarik lebih ramai pelancong ke Terengganu. Beliau juga turut mengumumkan diskaun khas untuk pelancong terawal.
“Sempena menyambut puasa, kami memberikan pakej menarik termasuk diskaun sebanyak 50 peratus untuk 20 keluarga yang terawal booking dengan kami”, katanya.
“Kedudukan Villa TMA yang sangat strategik iaitu dekat dengan kedai makan pagi paling popular di Terengganu iaitu Nasi Dagang Atas Tol yang terletak hanya 3 Kilometer dari homestay menambahkan lagi nilai kami”, tambahnya.
Selain itu, kedudukannya yang hanya 5Km dari Bandar Besar Kuala Terengganu menarik lagi perhatian pelancong untuk duduk di sini.
Villa TMA terdiri daripada 6 bilik kesemuanya lengkap dengan Kolam Renang untuk dewasa dan kanak-kanak. Pakej makan pagi sehingga malam turut disediakan oleh pihak pengurusan dengan caj yang berpatutan.
“Yang istimewanya, kami menyediakan servis untuk anda semua membuat majlis perkahwinan di Villa TMA, termasuklah catering dan penyediaan khemah”
“Anda bayangkan majlis anda di tempat yang indah dikelilingi dengan kolam renang yang mewah”, tambah Saudara Hakim.
“Sebarang bentuk majlis pun kami turut sedia menerima tempahan, termasuklah birthday party, majlis pertunangan dan lain-lain”
Bagi yang berminat untuk menempah, boleh lah berbuat demikian nombor talian tertera.
Azmi – 0199841177