Wafareina dikejarkan ke hospital selepas dipaksa buat aksi ‘stunt’, sedih pengarah lepas tangan

Wafareina dikejarkan ke hospital selepas dipaksa buat aksi 'stunt', sedih pengarah lepas tangan

Wafareina dikejarkan ke hospital selepas dipaksa buat aksi ‘stunt’, sedih pengarah lepas tangan. Pelakon Wafariena Roslan dimasukkan ke sebuah hospital perubatan di Rawang, Selangor selepas mengalami kecederaan akibat melakukan babak aksi penggambaran telemovie berjudul Mata Tak Berhijab.

Memetik mStar Online, Wafariena berkata badannya mula berasa sakit selepas diminta melakukan babak aksi sekitar jam 3 pagi di sebuah kawasan hutan terletak di Lenggong, Perak.

Menurut Wafariena babak itu sepatutnya dilakukan oleh pelakon lagak ngeri namun pengarah memintanya untuk melakukan aksi itu sendri.

“Lepas melakukannya badan saya mula rasa sakit sehingga badan lemah tidak boleh bergerak. Sekitar pukul 6 pagi, saya pergi ke klinik berhampiran dan doktor berikan suntikan ubat tahan sakit.

Wafareina dikejarkan ke hospital selepas dipaksa buat aksi 'stunt', sedih pengarah lepas tangan

“Namun, disebabkan keadaan saya sakit teruk, doktor minta saya melakukan pemeriksaan di hospital,”katanya.

Dalam pada itu, Wafariena turut meluahkan rasa terkilan apabila pengarah drama tersebut seolah bersikap lepas tangan dan tidak langsung bertanya khabar mengenai dirinya.

“Selepas kejadian itu, pengarah langsung tidak bertanya sata okay atau tidak. Dia seolah-olah lepas tangan. Itu yang membuatkan saya rasa terkilan.

“Saya terpaksa dipapah ketika kejadian kerana tidak boleh bergerak. Punca jadi begini pun disebabkan dia yang paksa saya melakukan aksi stunt sendiri,” katanya.

Sementara itu, Wafariena berkata kini sedang menunggu keputusan pemeriksaan lanjut pihak hospital sebelum menerima rawatan lanjut.

Selesai jumpa Agong, Ismail Sabri bakal umum sesuatu hari ini atau esok

Aunty Cina besarkan gadis islam terima Anugerah Maulidur Rasul

Pakcik pencen dari P.Pinang jadi jutawan sekelip mata masa birthday ke 63

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *