Wajib ambil tahu! Kadar zakat anda ikut jenis beras yang anda makan, ini butirannya

Wajib ambil tahu! Kadar zakat anda ikut jenis beras yang anda makan, ini butirannya.

Apabila masuk sahaja bulan Ramadhan, maka tibalah masa umat Islam menunaikan tanggungjawab penting iaitu zakat fitrah.

Zakat fitrah adalah zakat yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.6 kilogram beras atau senilai dengannya, berdasarkan ketentuan oleh Majlis Agama Islam Negeri-Negeri.

Zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan

Rata-rata daripada kita membayar zakat fitrah dalam nilai wang melalui pelbagai saluran bayaran zakat yang disediakan. Namun tahukah anda, zakat fitrah perlu dibayar mengikut harga beras yang dimakan?

Menurut Lembaga Zakat Selangor (LZS), kadar zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan bermaksud bayaran mengikut harga beras yang dibeli dan dimakan oleh individu dan keluarga.

Hukum membayar zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan adalah sunat. Dalil menggalakkan individu yang ingin membayar zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan bersandarkan kepada hadis Rasulullah SAW.

Umat Islam wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya sekiranya :

  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Kadar bayaran zakat fitrah mengikut jenis beras

Kadar zakat fitrah mengikut harga beras turut mengambil kira jenis beras yang dimakan seperti beras tempatan, import, Basmati dan sebagainya.

Misalnya, individu hanya perlu membayar kadar fitrah umum RM7 seorang sekiranya beras yang dimakan adalah dari jenis Super Spesial Tempatan.

Manakala kadar fitrah yang dikenakan bagi mereka yang memakan beras jenis Basmati adalah sebanyak RM21 seorang.

Kadar bayaran zakat fitrah mengikut jenis beras untuk negeri Selangor boleh dirujuk dalam jadual di bawah.

Panduan Kadar Zakat Fitrah Negeri Selangor Mengikut Harga Beras Yang Dimakan

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, bagaimana pula kadar bayaran zakat fitrah ini dikira untuk ahli keluarga yang makan beras melebihi kadar umum.

Berdasarkan jawapan soalan lazim di laman web LZS, sekiranya terdapat ahli keluarga yang makan beras melebihi kadar RM7 atas sebab kesihatan, kadar bayaran zakat fitrah bagi ahli keluarga tersebut adalah mengikut kadar umum (RM7).

Sementara itu bagi golongan yang berkemampuan membayar lebih mengikut harga beras yang dimakan, mereka dibolehkan untuk membayar zakat fitrah mengikut kadar umum RM7 dan seterusnya.

Hal ini seperti yang telah dipersetujui Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada tahun 2017 yang menetapkan kadar umum dan minima zakat fitrah sebanyak RM7 seorang bagi tahun 2018.

Sebagai umat Islam, kita digalakkan untuk membayar zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan kerana ianya merupakan kebajikan bagi golongan yang berkemampuan.

Selain itu, lebihan daripada zakat fitrah tersebut akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan seperti golongan fakir dan miskin.

 

Waktu tunaikan zakat fitrah

Waktu menunaikan zakat fitrah pula terbahagi kepada lima, iaitu waktu wajib, afdal, sunat, makruh dan haram.

Waktu wajib menunaikan zakat fitrah adalah apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal.

Waktu afdal untuk membayar zakat fitrah adalah sebelum solat sunat Hari Raya manakala waktu sunat adalah sepanjang bulan Ramadhan.

Sementara selepas solat sunat Hari Raya sehingga terbenam matahari satu Syawal dikategorikan sebagai waktu makruh menunaikan zakat fitrah.

Zakat fitrah perlu dibayar sebelum terbenam matahari satu Syawal. Selepas terbenam matahari satu Syawal, maka tamatlah waktu pembayaran dan umat Islam diharamkan membayar zakat fitrah ketika itu.

Jadi, jangan lupa untuk menjelaskan bayaran zakat fitrah anda sementara masih berkesempatan.

Bagi warga Selangor yang ingin membuat bayaran zakat fitrah melalui LZS, boleh klik pautan ini dan tunaikan tanggungjawab anda sekarang.

Kongsi rezeki dengan zakat. Keberkatan rezeki, nikmat dikongsi.

 

BACA: 

Pelanggan pengsan di Hotel 5 bintang Putrajaya selepas tunggu 2 jam untuk buka puasa, bayar mahal tapi tak boleh masuk

Gaji sebenar Imam Besar Masjidil Haram Makkah ini pasti buat orang terkejut

Kecoh peniaga bazar jual peha ayam ‘harga yahudi, tokei gerai tampil bentang kos sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *