Walaupun dah kutip RM12 Juta, filem Mat Kilau belum balik modal lagi

Walaupun dah kutip RM12 Juta, filem Mat Kilau belum balik modal lagi.Industri filem di Malaysia ini bukanlah besar mana, pusing-pusing akan bertembung juga.

Dari filem santai, cinta, kekeluargaan, rempit, seram dan banyak lagi genre, membuatkan penonton boleh memilih yang mana digemari mereka.

Malah hasil titik peluh pasukan produksi, pengarah, pelakon dan lain-lain ini terkadang membuatkan mereka puas bila karya mereka pecah panggung dan dipuji.

Terbaharu yang menjadi bualan hangat ramai, filem Mat Kilau. Sehingga Isnin, kutipan bagi filem Mat Kilau lebih RM12.8 juta.

Difahamkan modal dikeluarkan untuk filem ini adalah RM8 juta. Ramai yang menganggap filem ini sudah balik modal dengan pendedahan jumlah kutipan.

Namun semuanya nampak indah secara kasarnya. Baru-baru ini selaku salah seorang figura dalam industri, Mawi jelaskan kira-kira mengapa sebenarnya masih belum balik modal pembikinan Mat Kilau.

Antara penjelasanya adalah cukai hiburan yang perlu dibayar 25% dari jumlah kutipan. Selain itu, hasil kutipan ini juga perlu dibahagikan 50% bersama dengan syarikat pawagam.

Ini menjelaskan mengapa masih belum balik modal pembikinan Mat Kilau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *