Wanita ini kena tahan imegresen kerana terlalu cantik, dianggap salah disisi undang-undang

Wanita ini kena tahan imegresen kerana terlalu cantik, "salah disisi undang-undang"

Wanita ini kena tahan imegresen kerana terlalu cantik, dianggap salah disisi undang-undang. Gara-gara terlalu cantik, aktres Hong Kong, Gillian Chung mendakwa berdepan detik mencemaskan apabila ditahan dan disoal siasat pegawai Imigresen di sebuah lapangan terbang di Jerman.

Pelakon berusia 41 tahun itu membuat pendedahan itu dalam program Promise for You ketika ditanya mengenai pengalaman bercuti yang sukar dilupakan.

Pada temuramah itu, Gillian memberitahu dia berangkat ke Belgium untuk menghadiri majlis perkahwinan temannya.

Namun, dakwanya, dia ditahan selepas pesawat dinaiki transit di Jerman.

“Hanya disebabkan saya dan seorang lagi teman perempuan masih muda dan cantik, mereka sangka kami terbabit dengan perkara yang salah di sisi undang-undang,” katanya, lapor agensi.

Bagaimanapun, Gillian tidak menyatakan siapa teman yang berada dengannya ketika kejadian. Dia juga tidak memberitahu bila perkara itu berlaku, lapor agensi.

Gillian yang turut menceburi bidang muzik sebagai penyanyi Canto Pop memberitahu, dia cuba menjelaskan kepada pegawai Imigresen terbabit bahawa dirinya selebriti.

Namun, dakwa Gillian, penjelasan dan rayuannya tidak dilayan. Sebaliknya, pegawai Imigresen terbabit terus menyoal siasat dirinya.

“Ketika itu, saya mengejar pesawat seterusnya, tiada makanan dan tidak ditempatkan dalam bilik.

“Sebaliknya, saya ditahan… Saya memang tidak bernasib baik,” katanya.

Gillian tampil dalam program ‘variety’ Promise For Yo bersama Cyndi Wang, Charlene Choi, Huang Xiaolei dan Wu Jinyan. – AGENSI

Waspada semua, bandar-bandar dekat dengan pantai semakin tenggelam

Muka suami dia “terlalu perempuan” buat netizen keliru, isteri siap buat video lagi tunjuk bukti

Leave a Reply

Your email address will not be published.