Wanita nak dedah ‘sisi gelap’ Caprice jadi perhatian, ramai yang follow

Wanita nak dedah 'sisi gelap' Caprice jadi perhatian, ramai yang follow

Wanita nak dedah ‘sisi gelap’ Caprice jadi perhatian, ramai yang follow. Tindakan penyanyi rap, Caprice yang kerap kali mengulas isu semasa di media sosial sememangnya telah diketahui umum.

Ada ketika, ulasan-ulasan yang dibuat telah mencetuskan rasa kurang senang dan muak sesetengah pihak dengan tindakannya itu.

Namun, apabila ada yang cuba ‘memetik’ namanya walaupun tidak merujuk secara terus, dia akan segera mengambil tindakan dengan bersedia untuk mendedahkan ‘dark side’ pihak terbabit.

Nak dedah sesuatu?

Susulan daripada itu, menerusi satu posting yang dibuat oleh satu akaun TikTok milik pengguna dikenali sebagai @fmhdxxx, dia seolah-olah ingin mendedahkan sisi gelap selebriti berkenaan.

Tunggu buku bertemu ruas

Disebabkan perkongsian itu tular, kebanyakkan netizen mengambil peluang untuk meninggalkan komen di ruangan tersebut dengan menyokong tindakan wanita terbabit.

Mereka juga meluahkan rasa lega apabila akhirnya ada yang berani untuk mencuba mendedahkan sisi gelap penyanyi rap tersebut selepas dia sering mengulas isu semasa yang kadang kala menyentuh kehidupan orang lain.

“Ramai yang follow sebab nak tahu sisi gelap dia”

“Risau pula kalau dia balas balik”

“Tiba2 teruja pula nak ambil port”

“Hati2 nanti kena minta maaf”

Setakat ini, identiti wanita terbabit masih tidak dapat dipastikan kerana tiada sebarang kapsyen yang disertakan di posting tersebut.

Motif pengguna TikTok itu untuk mendedahkan ‘dark side’ Caprice juga tidak dapat dipastikan kerana dia tidak menceritakan apa-apa selain daripada kenyataannya yang bersedia membongkar sisi gelap selebriti itu.

Rupanya makan carrot boleh elak mata rabun hanya mitos, dari kecik kita percaya benda ni..

Enjin pesawat Lion Air Indonesia terbakar atas udara

8 lelaki kelantan rogol gadis umur 15 tahun dalam restoran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *