Wanita terkejut baru tahu selama 43 tahun ziarah kubur orang lain, ingat kubur ayah sendiri

Wanita terkejut baru tahu selama 43 tahun ziarah kubur orang lain, ingat kubur ayah sendiri

Seorang wanita kecewa selepas mengetahui kubur yang diziarahinya selama 43 tahun sejak kematian ayahnya sebenarnya kepunyaan orang lain.

Sylvia Ross, 67 tahun telah menziarahi kubur ayahnya di Tanah Perkuburan Witton Park Bishop Auckland di County Durham tersebut sejak 1979.

Akan tetapi, plot kubur yang sering diziarahi itu sebenarnya milik lelaki bernama Fredrick Brown.

Rupanya bapa Sylvia telah dikebumikan dua petak dan beberapa meter dari kubur yang diziarahinya. Dilaporkan bahawa siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kesilapan itu berlaku.

Keluarga Sylvia mengetahui kesilapan tersebut selepas melihat hantaran Facebook mengenai pengalihan plak kubur yang diletakkan salah di tanah perkuburan oleh majlis.

Ini bermakna Sylvia telah memberi penghormatan di plot kubur yang salah sejak dia berusia 24 tahun. Anak perempuannya, Lynette kecewa dengan kesilapan yang berlaku.

“Saya tidak pernah bertemu datuk saya dan ibu saya telah melawat kubur yang salah selama 43 tahun dan benar-benar kecewa.

“Ibu begitu kecewa kerana dia berkata roh ayahnya pasti memikirkan tiada seorang pun daripada kita mengambil berat tentang dia, tanpa bunga dan tiada kunjungan, tiada apa-apa,” katanya.

Kesilapan itu terbongkar selepas keluarga Fredrick Brown mahu meletakkan peringatan sebelum menghubungi Majlis Daerah Durham apabila mereka menyedari bahawa ruang tidak mencukupi.

Kemudian, ia diletakkan di atas plot Fredrick yang sebenarnya dikebumikan.

“Mereka meletakkannya pada plot yang kami telah lawati sepanjang hidup saya dan telah membawa bunga setiap perayaan.

“Sedangkan jasad ayah sebenarnya tidak berada di sana. Ia hanya menjijikkan, bagaimana mereka boleh membuat kesilapan perkara yang mudah,” kata Lynette.

Pengurus tanah perkuburan Majlis Daerah Durham, Graham Harrison memohon maaf dengan kesilapan yang telah berlaku.

“Sebaik sahaja kami menyedari kesilapan itu, kami segera memindahkan barang-barang itu ke kubur yang betul dengan berhati-hati.

“Walaupun kubur kini telah diperbetulkan,namun tidak dapat menghilangkan kekecewaan yang dialami keluarga.

“Kami ingin mengulangi permohonan maaf yang setulus-tulusnya atas kesilapan yang telah berlaku.”

Muka suami dia “terlalu perempuan” buat netizen keliru, isteri siap buat video lagi tunjuk bukti

Tular video DDNK naik kapal layar mewah dengan isteri baru, natizen kata makin manja

Leave a Reply

Your email address will not be published.