Walaupun mata kail itu tidaklah sebesar mana, namun itu bukanlah penyebab untuk tukang masak terlepas dari pada melihatnya ketika membasuh ikan.
Kalau tengah sedap makan, mana perasan tergigit mata kail tersebut.
Seorang wanita baru-baru ini makan di sebuah restoran di Kuala Lumpur dan berdepan dengan situasi yang menggerunkan apabila terjumpa sesuatu dalam kari kepala ikan yang dipesannya.
Baginya, ia merupakan satu pengalaman yang tak boleh dilupakan sepanjang hidupnya makan kari kepala ikan setelah dia yang waktu itu tengah makan bersama keluarganya terjumpa mata kail kat dalam lauk tu.
Tidak pasti bagaimana mata kail itu ditemui, namun mujurlah tiada di antara mereka yang tercedera.
Terkejut melihatnya, wanita itu terus memanggil pengurus restoran untuk melaporkan hal ini namun respon yang dia terima sangatlah tidak memberangsangkan.
Lapor Sin Chew, sebelum dia laporkan kepada pengurus restoran, salah seorang pelayan mengatakan bahawa ia silap pekerja dapur, namun apabila sampai ke perhatian pengurus, dia salahkan pengedar.
Walaubagaimanapun, pengurus tersebut ada meminta maaf kepadanya dan pampasan yang diberikan hanyalah diskaun sebanyak 60 sen.
Bayangkan kalau ada budak yang termakan mata kail tersebut, kalau tercekik dah kena bawa ke hospital. Silap haribulan, boleh saman kedai tersebut kerana kecuaian.