Warga emas guna tali tangkap buaya berat satu tan

Warga emas guna tali tangkap buaya berat satu tan. Seorang lelaki warga emas berjaya menangkap seekor buaya seberat satu tan secara berseorangan di Buton, Sulawesi Tenggara.

Buaya itu ditangkap selepas terkandas di kawasan kebun penduduk setempat berikutan banjir surut beberapa hari lalu.

Terdahulu, buaya itu dipercayai berenang ke kawasan kebun semasa banjir berlaku dan terkandas selepas air surut.

Lelaki warga emas yang mesra disapa Usman itu menceritakan, dia menangkap buaya itu dengan hanya menggunakan tali.

Warga emas guna tali tangkap buaya berat satu tan

“Saya ternampak seekor buaya besar terkandas di kawasan kebun dan kebetulan saya membawa tali.

“Secara berhati-hati, saya mengikat bahagian ekor buaya itu pada pokok kelapa sebelum mengikat kepala dan bahagian lain,” katanya.

Penduduk kampung turut merakam aksi Usman dan dalam masa satu jam, buaya itu berjaya ditangkap sepenuhnya.

Buaya itu diukur sepanjang 4.3 meter dan seberat satu tan.

Jelas Usman, kawasan kebun itu terletak berhampiran Sungai Malaoge yang merupakan habitat haiwan pemangsa tersebut.

Seorang penduduk kampung, Izwar memberitahu, aksi Usman menangkap buaya tersebut ‘amat tenang’ dan kelihatan mudah.

“Tindakan pantas Usman menyelamatkan banyak nyawa kerana kami tidak tahu apa yang akan berlaku sekiranya buaya itu masih berada di kawasan kebun,” ujarnya.

BACA JUGA :

Duda maut jatuh dari ampaian lepas kantoi berkhalwat dengan isteri orang

Pakcik ni cerita pengalaman perjalanan haji tahun 1924, naik unta nak ke Makkah

Tentera jumpa emas bernilai RM74 billion dalam kapal yang karam 300 tahun dahulu

Leave a Reply

Your email address will not be published.